08 March 2011

SECORET TINTA...TITISAN PENA...

Assalamualaikum wrt wbt....

Bertahun lamanya dirasakan blog ini terabai.. ibarat anak kehilangan ibu... Namun, anak ini tidak akan disisihkan lagi... Kesibukan kerjaya sememangnya membataskan waktu bertamu di alam maya ini...
Kugagahkan jua jari-jemari ini mencoret rasa.. berkongsi pengalaman jua jiwa...

Tahun 2011.. melangkah ke tahun ke-5 selepas NISAA mula dibenihkan..disiram dan dibaja agar sentiasa mekar dan hidup subur memayungi rakyatnya yang bertebaran di serata alam..

Sungguhpun diri ini telah jauh jarak waktunya meninggalkan bumi an-Naim.. namun hati ini sentiasa subur dengan suasana buminya yang penuh dengan dendangan nasihat-nasihat dan tutur bahasa guru-gurunya yang tidak penat membina jiwa beragama.... Bimbingan kakak-kakak senior merapatkan lagi ukhuwwah yang terbina...

Alunan Asmaul Husna.. titipan doa setiap pagi dan petang...butiran tazkirah...dendangan nasyid..medan tarbiyyah...khidmat murabbi...itu semua memori silam selaku anak didik naim...

Sekian dahulu sebagai pemula...

-Yasmoon Mohamed SPM1998-


02 December 2010

Aku Rindukan Kalian Semua!

Assalamualaikum wrt. wbt.

Wah! Lama sungguh jejakku tertinggal di belakang. Aku benar-benar rindukan kalian semua yang sudi menyapaku lewat emel, Facebook juga talian telefon memohon aku kembali mencoret kisah di laman ini. Aduhai sahabat yang budiman, tahukah kalian mengapa aku diam membisu seribu bahasa?

Sebabnya, aku kehilangan kata laluan dan ingatanku yang tua ini lupa apakah kata laluan yang sahih untuk dimasukkan bagi mendapatkan akses ke blog ini. Tuhan Maha Kaya. Aku terjumpa catatan kecil di dalam dompet pagi tadi. Ya, di situ tertulis kata kunci laluan ke laman ini. Tahukan kalian, aku melompat keriangan seperti anak kecil mendapat aiskrim. Hahah! Maka benarlah hakikat bahawa aku sudah tua bukan? Ya, walaupun sudah tua, namun kudratku masih banyak. Hehe~~

Ya! Aku rindukan laman ini. Aku mahu kembali mencoret kisah dan bahasa hati buat tatapan anak generasiku nanti. AKu pasti akan kembali dengan entri yang lebih memberikan makna. Tunggu ya! Izinkan aku lunaskan taklifku terlebih dahulu. Nanti aku pasti bersegera kembali ke sini melakarkan kisah rindu yang menujah kalbu.

Azizah Aling.
Puteri Bunga Semalu.

26 November 2008

Tentatif AGM NISAA

Tentatif program bg AGM NISAA

10.00 -10.30 : Pendaftran
10.30 - 10.45 : Ucapan Pengarah Program
10.45 - 11.00 : Ucapan YDP NISAA
11.00 -12.00: AGM bermula
12.30 - 1.30 : jamuan makan dan bersurai

sebarang cadangan bagi memantapkan program pada hari tersebut adalah dialu-alukan.

more info on AGM NISAA..

Bagi mereka yg confirm nak datang, tlg masukkkan yuran pendaftaran ke dalam akaun pengarah AGM NISAA.

Nor Adilah Mansor
CIMB: 01180032454522

Selepas bank in kan duit, tolong inform kan kepada Puan Farhatun Najmi.
TQ..

24 November 2008

AGM NISAA

Cadangan AGM NISAA

Tarikh: 07.12.08

Masa: 1000 - 1300

Tempat: Bilik Wawasan ASPURINA

Yuran: RM15 (pelajar) , RM30 (bekerja)

Notes:
AGM ni terbuka kepada semua alumni SMKAN dari ia mula ditubuhkan sehinggalah sekarang. Oleh itu semua dijemput hadir.

Sila SAH kan kehadiran anda selewat-lewatnya pada 01.12.08 kepada Puan Farhatun Najmi di talian 0129540935 atau Puan Noor Syuhadah di talian 0129247087.
Wakil-wakil setiap batch akan diberitahu kemudian..

Harap Maklum.

Pre-gathering (14.11.08 - 1500 - kfc)



ni gambar masa wat pre-gathering hari tu..
10 ore jah hok mari..
kita org wat kat kfc jah hari tu..

from left (front):
nazifah, nusaibah, farah, dilah, aidah, ank taqiah

frm left (back):
adah & son, hanaa', zura & son, fauziah, taqiah

12 November 2008