08 March 2011

SECORET TINTA...TITISAN PENA...

Assalamualaikum wrt wbt....

Bertahun lamanya dirasakan blog ini terabai.. ibarat anak kehilangan ibu... Namun, anak ini tidak akan disisihkan lagi... Kesibukan kerjaya sememangnya membataskan waktu bertamu di alam maya ini...
Kugagahkan jua jari-jemari ini mencoret rasa.. berkongsi pengalaman jua jiwa...

Tahun 2011.. melangkah ke tahun ke-5 selepas NISAA mula dibenihkan..disiram dan dibaja agar sentiasa mekar dan hidup subur memayungi rakyatnya yang bertebaran di serata alam..

Sungguhpun diri ini telah jauh jarak waktunya meninggalkan bumi an-Naim.. namun hati ini sentiasa subur dengan suasana buminya yang penuh dengan dendangan nasihat-nasihat dan tutur bahasa guru-gurunya yang tidak penat membina jiwa beragama.... Bimbingan kakak-kakak senior merapatkan lagi ukhuwwah yang terbina...

Alunan Asmaul Husna.. titipan doa setiap pagi dan petang...butiran tazkirah...dendangan nasyid..medan tarbiyyah...khidmat murabbi...itu semua memori silam selaku anak didik naim...

Sekian dahulu sebagai pemula...

-Yasmoon Mohamed SPM1998-